SIMPANAN

Bijak menyimpan untuk masa hadapan.

PELABURAN

Skim pelaburan mengikut syariat.

P'LINDUNGAN

Perlindungan diri, keluarga anda dari sebarang kemalangan.
 

PLAN HARMONI

Tuesday, 26 June 2012


Harmoni pelan terbaru dari eTiQa

Pelan Simpanan Yang Memenuhi Aspirasi Anda

Impian Masa Hadapan Lebih Cerah

Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.

Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.

Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.


Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan.

Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada 
terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Advisor anda..

* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini
boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang

Manfaat kematian
  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  1. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat  kematian

Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan

Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh




Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan sebelum usia 65 tahun

Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta   ( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .

Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi Rm 200,000
dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-

Tahun pertama      :         20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta

Tahun kedua         :         40% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga         :          60% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat     :          80% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima         :          100% dari jumlah perlindungan


Tambahkan Nilai Pelan Anda

Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider berikut :-
 

1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medic Save.
7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.


Kaedah Pembayaran seperti berikut :

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.

* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.
 Peserta          :  50%
 eTiQa Takaful :  50%
* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.

    Peserta          :   85%
    eTiQa Takaful :   15%


Siapa yang boleh menyertai:

a)Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.

Pelan insurans / takaful mana terbaik di pasaran ?

Thursday, February 3, 2011

Pelan insurans / takaful mana terbaik di pasaran ? 

Bagi menjawab soalan di atas, jawapannya adalah – semua plan yang terdapat di pasaran adalah baik, cuma tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga adalah memilih yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan anda.

Sekiranya anda masih tercari – cari plan insurans / takaful untuk keluarga, ataupun sudah memiliki salah satu darinya, pastikan plan tersebut dapat :

1) Membayar hutang sekiranya anda sudah tidak berupaya bekerja

Sekiranya pencari nafkah hilang upaya bekerja, pastikan plan tersebut dapat menggantikan wang gaji anda agar hutang – hutang tetap seperti hutang kereta, hutang peribadi, hutang kad kredit dan lain – lain, dapat diganti seperti mana sebelumnya. Bayangkan jika anda sudah tidak bekerja, punca pendapatan automatik lenyap begitu sahaja, mungkin ada sedikit simpanan di sana sini, tapi tak mungkin dapat menanggung sehingga 10 tahun atau lebih bukan? Di sini lah pentingnya plan insurans / takaful tadi.

2) Wang sara hidup keluarga dapat diwujudkan walaupun anda sudah hilang upaya bekerja

Katakan orang, kehidupan perlu diteruskan. Tapi kalau hilang punca pendapatan, nak meneruskan kehidupan agak memeritkan, setuju? Bayangkan gaji RM 4 ribu RM 6 ribu tup tup dah hilang..mesti keluarga akan mengalami satu keadaan dipanggil bencana kewangan, iaitu kehilangan punca pendapatan yang berlaku secara tiba – tiba akibat kegagalan pencari nafkah utama yang sudah tidak mampu bekerja.

Perkara ni penting, jadi pastikan jumlah coverage yang anda ambil, dapat menggantikan gaji anda untuk keluarga agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Jangan pula beli insurans tapi basic coverage setakat RM 60 000, tak sampai setahun boleh habis.

Bagi suami yang bekerja seorang, perkara ini tidak boleh diambil mudah, kerana isteri anda pastikan akan tenggelam punca apabila anda sudah tidak mampu memberikan nafkah bulanan kepada beliau dan kebuntuan isteri anda untuk mencari nafkah bagi menggantikan tempat anda…

3) Mengurangkan beban kewangan sekiranya ahli keluarga ditimpa penyakit

Kalau anda tahu kos untuk merawat penyakit kritikal pada hari ini, anda tentu tak berani nak beli kereta atau rumah. Mana taknya, kos tersebut boleh membeli rumah, boleh membeli kereta. Maknanya, kos merawat penyakit kritikal pada hari ini melonjak tinggi dalam masa 10 tahun ini.

Demi menyelamatkan simpanan atau pelaburan anda, pastikan plan insurans / takaful boleh memberikan satu jaminan kewangan bagi mengurangkan beban kewangan anda sekiranya anda atau salah seorang ahli keluarga ditimpa penyakit kritikal.

4) Jaminan kewangan bagi pelaburan pendidikan anak – anak

Tujuan murni anda bakal tersekat sekiranya anda hilang upaya bekerja selamanya. Bermakna, anda sudah tidak mampu menabung untuk pelaburan pendidikan anak – anak anda. Plan insurans / takaful pada hari ini menyediakan satu jaminan kewangan dan pelaburan, sekiranya pencari nafkah meninggal dunia / hilang upaya bekerja / mendapat penyakit kritikal.

Jadi, pastikan plan yang anda pilih dapat menjamin perkara ini.

5) Jaminan kewangan untuk pelaburan hari tua

Kadang – kadang, panas disangka sampai kepetang, tapi hujan pula ditengahari. Pelaburan yang anda simpan mungkin akan tersekat jika anda hilang upaya bekerja. Kalau boleh, ambil basic coverage yang tinggi, supaya sebahagian kecil dana tersebut dapat digunakan bagi tujuan pelaburan hari tua.

Sekiranya basic coverage tinggi, dan dana ini dapat menggantikan gaji anda secara bulanan, keluarga boleh bertenang sedikit kerana jaminan kewangan bagi kehidupan masa hadapan mereka sudah tersedia. Dengan ini, perancangan hari tua dapat dirancang semula dengan lebih efektif.

6 ) Pelaburan

Ramai orang beli insurans, mahukan pelaburan dan jamina kewangan semula selepas 20 tahun mencarum. Ya itu betul, tetapi pastikan perkara 1 – 5 di atas dipenuhi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan. Mungkin anda hanya mempunyai bajet RM 100, tapi anda juga mahukan pulangan pelaburan tinggi selepas beberapa tahun, rasanya langkah ini tidak berapa sesuai.

Nasihat saya, pastikan perkara 1 – 5 tadi dapat dipenuhi dan dijamin, barulah kalau anda ada duit lebih, bolehlah membuat pelaburan untuk pelbagai tujuan.

Ada juga agen insurans / takaful tanpa menyelidiki latar belakang kewangan anda, terus memberikan plan dengan basic coverage yang rendah ( walaupun pulangan tinggi ). Bagi saya langkah ini tidak berapa sesuai, kerana jika anda menerima plan agen terbabit, maknanya anda hanya membeli produk. Produk yang mungkin jika anda guna, akan habis dalam masa yang cepat ataupun produk yang tidak memenuhi keperluan kewangan anda, walaupun produk tersebut bagus dalam pasaran.

Apa yang patut anda buat adalah, beli PENYELESAIAN / SOLUTION kepada masalah kewangan anda yang memenuhi keperluan kewangan keluarga sekiranya kecemasan berlaku.

Tempoh yang paling kritikal

Tempoh yang paling kritikal untuk anda membeli insurans / takaful ini adalah tempoh dimana anda berada dikemuncak kehidupan iaitu semasa anda banyak hutang, semasa anda menanggung isteri dan anak – anak yang masih kecil, masih menanggung orang tua, masih mempunyai pelbagai komitmen kewangan yang banyak….tempoh ini lah yang paling penting bagi diri anda untuk mempunyai satu plan insurans / takaful yang komprehensif.

Bila dah sampai tua, kurang sedikit komitmen kewangan dan keperluan insurans / takaful tersebut, disini anda boleh tumpukan kepada insurans kesihatan dan lain – lain yang berkaitan.

Pengenalan Ejen eTiQa

Monday, 11 June 2012


KENAPA KITA PERLU TAKAFUL

Sesungguhnya Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
Hadis riwayat Al-bukhari;-
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...