SIMPANAN

Bijak menyimpan untuk masa hadapan.

PELABURAN

Skim pelaburan mengikut syariat.

P'LINDUNGAN

Perlindungan diri, keluarga anda dari sebarang kemalangan.
 

KELEBIHAN ETIQA TAKAFUL


By on 22/10/2010 in Takaful

1. Mendapat Manfaat Penyakit Kritikal
Peserta yang disahkan mendapat penyakit kritikal tahap-3, boleh membuat tuntutan untuk menjalani rawatan hospital.

2. Manfaat Indemniti akibat kemalangan
Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan, boleh membuat tuntutan berdasarkan tahap-tahap kecederaan atau berlaku mana-mana kecacatan terhadap anggota badan.

3. Manfaat Khairat Kematian
Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh polisi takaful masih lagi sah, maka keluarga peserta tersebut boleh membuat tuntutan khairat kematian. Khairat kematian akan diberikan kepada penama (waris) yang tercatat didalam dokumen takaful peserta

4. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari semasa mendapat rawatan. Sekiranya peserta menerima rawatan kurang daripada 6 jam, tidak boleh membuat tuntutan elaun hospital.

5. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional
Menurut Fatwa KebangsaanSemasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut “Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful”.

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Etiqa Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan ‘penghijrahan’ daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Etiqa Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Etiqa Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful (win-win situation)

13. Amal Jariah (Tabbaru’at)Falsafah
Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru’ (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Etiqa Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya. Dengan menyertai pekej skim Etiqa Takaful pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).



KENAPA KITA PERLU TAKAFUL

Sesungguhnya Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
Hadis riwayat Al-bukhari;-
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Kita selalu diingatkan supaya menabung untuk hari tua. Tetapi pernahkah kita tanyakan diri kita sendiri, adakah kita pasti akan merasai hari tua? Atau setidak-tidaknya hidup sihat dan mampu mencari nafkah dan pendapatan untuk keluarga. Pasti ramai antara kita yang mempunyai tabungan di ASB, Tabung Haji, Unit Amanah, Bank, Pelaburan dan sebagainya sebagai persediaan. Saya cuba gambarkan satu analogi di sini.

Simpanan sebulan: RM150, setahun = RM1800
Apa akan terjadi jika anda ditakdirkan tidak lagi mampu mencari nafkah untuk keluarga kerana kecacatan kekal ataupun meninggal selepas tahun ke-5? Berapakah nilai wang yang ditinggalkan untuk keluarga anda, RM9000? Pada hemat anda cukupkah nilai RM9000 bagi keluarga anda untuk memulakan hidup baru?

Sumbangan sebulan: RM150, setahun RM1800
Tapi jika anda membuat sumbangan yang sama jumlahnya setiap bulan dengan Takaful (Islamic Insurance) ini yang akan anda dapat.
1) Walaupun anda menyumbang kurang dari setahun keluarga anda akan mendapat manfaat kewangan sehingga
RM80,000* jika anda ditakdirkan meninggalkan mereka pada tahun pertama. Ataupun manfaat kewangan sehingga RM180,000 jika anda meninggal pada tahun akhir kontrak.

2) Ataupun jika umur panjang dan ade rezeki anda akan dpt simpanan pada umur matang berjumlah lebih kurang
RM100,000*
(*anggaran untuk lelaki berumur 30 tahun dengan sumbangan asas sahaja dan tempoh matang 35 tahun)

Jadi jika anda mempunyai simpanan di ASB, Bank, Tabung Haji dan sebagainya sila teruskan, tetapi anda MESTI dapatkan perlindungan Takaful untuk keluarga anda. Setidak tidaknya beban mereka dapat dikurangkan jika anda ditakdirkan tiada lagi.

0 comments:

Post a Comment

KENAPA KITA PERLU TAKAFUL

Sesungguhnya Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
Hadis riwayat Al-bukhari;-
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...