SIMPANAN

Bijak menyimpan untuk masa hadapan.

PELABURAN

Skim pelaburan mengikut syariat.

P'LINDUNGAN

Perlindungan diri, keluarga anda dari sebarang kemalangan.
 

PENGENALAN

KONSEP

KONSEP ASAS TAKAFUL


Konsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta

Al-Qasamah
memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. Menurut jumhur ulama’ Apabila berlaku sesuatu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak 50 orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang. Maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukanAqilahDi bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin

Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menerma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan  kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakiliAl-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkaraDalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannyaPengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful

Mudharabah
Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan )  bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANCE

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad / Kontrak DERMA  (Tabarru’) menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Dalam konteks Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.

 Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:


Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG
POLISI:
Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.


3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS:

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.

4. PELABURAN KUMPULAN WANG:

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua model yang dikenali ialah ‘Model Mudharabah’ atau profit/surplus sharing dan ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi.






0 comments:

Post a Comment

KENAPA KITA PERLU TAKAFUL

Sesungguhnya Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
Hadis riwayat Al-bukhari;-
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...